Topic followed successfully
Go to BHkuKuih-muih raya pilihan hati
Premium
Kuih-muih raya pilihan hati
Saban tahun menjelang Hari Raya, ada saja kuih-muih baru yang membuat penampilan di bazar dan kedai-kedai kuih. Dari Bantal Peluk Saloma lebih sedekad lalu, kepadalah Tart Red Velvet dan pelbagai lagi jenis biskut moden, para peniaga sentiasa kreatif untuk menarik pelanggan, terutama pembeli muda. Namun, apa juga kuih baru yang diperkenalkan, kuih tradisi turun-temurun yang dihidangkan sewaktu Aidilfitri terus menjadi pilihan ramai. Sempena Lebaran ini, dua kakitangan muda BERITA HARIAN, wartawan, Dahlia Zulkifli dan wartawan visual, Iffah Qistina Irwan, berkongsi kuih Hari Raya kegemaran mereka.
Apr 22, 2023 | 5:30 AM
Kuih-muih raya pilihan hati
Kuih pilihan Dahlia
KUIH DAHLIA/SEMPERIT: Bukan sebab kuih ini mempunyai nama yang sama dengan saya, tetapi kuih semperit atau kuih Dahlia merupakan kuih klasik zaman kanak-kanak yang sememangnya sedap dan tidak boleh berhenti memakannya.

