Kagum pencapaian wanita Australia lari 150 maraton dalam 150 hari
Premium
Kagum pencapaian wanita Australia lari 150 maraton dalam 150 hari
Jan 30, 2023 | 5:30 AM

PENCAPAIAN: Cik Erchana Murray-Bartlett melintasi garis tamat Melbourne Australia sekali gus mencatat Rekod Dunia Guiness bagi larian maraton terbanyak berturut-turut oleh seorang wanita. - Foto EPA-EFE -
SYDNEY: Lima bulan selepas meninggalkan bahagian hujung Australia, pelari maraton Erchana Murray-Bartlett telah sampai ke pinggir selatan negara itu.
Wanita berusia 32 tahun itu baru-baru ini menamatkan perjalanannya sejauh 6,300km (3,900 batu) - menamatkan larian maraton setiap hari selama 150 hari.

