Topik diikuti
Pergi ke BHkuJururawat urus kebun bantu pesakit pulih semula
Premium
Jururawat urus kebun bantu pesakit pulih semula
Seramai 95 individu telah diiktiraf dan menerima Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesihatan (HHA) ke-17 tahun ini. Ia diperkenalkan oleh Dana Tabah yang diperkenalkan pada 2004 selepas penularan wabak Sars. Acara tahunan yang memberi penghargaan kepada mereka yang telah berusaha menjalankan tugas lebih daripada yang sepatutnya mereka lakukan. Ini termasuk kakitangan jagaan kesihatan, pengasuh dan sukarelawan. Baru-baru ini BERITA HARIAN telah mewawancara beberapa pemenang anugerah tersebut. Ikuti laporan ini.
Jururawat urus kebun bantu pesakit pulih semula
KEBUN BERKEMBANG: Mengambil alih pengurusan kebun yang kecil pada tahun 2015, kini ia merupakan kebun hiroponik di mana pesakit telah menghasilkan pelbagai sayur-sayuran seperti kangkong, bayam serta pelbagai jenis selada seperti romaine dan butterhead. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 12, 2020 | 5:30 AM
MENGAMBIL alih pengurusan kebun yang kecil di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada tahun 2015, Encik Aziz Ab Hamed, tidak menyangka satu program pemulihan berkebun akan menjadi popular dalam kalangan pesakitnya.
Hari ini, kebun kecil itu telah berkembang menjadi ladang hidroponik yang berukuran 320 meter persegi.
