Topik diikuti
Pergi ke BHkuJumlah kenderaan elektrik kian meningkat
Bahang perubahan iklim kian terasa mendorong lebih ramai warga mempertimbangkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang lebih bersih. BERITA MINGGU meninjau trend penggunaan EV di sini.
Aug 14, 2022 | 5:30 AM
Jumlah kenderaan elektrik kian meningkat
JUMLAH kenderaan elektrik (EV) di jalan raya setempat semakin meningkat dengan kenaikan besar dilihat dalam bilangan kereta elektrik sepenuhnya.
Misalnya jumlah kereta elektrik sepenuhnya yang ada di jalan raya di sini meningkat daripada 1,217 pada Disember tahun lalu kepada 4,716 pada bulan lalu, menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
