Jubin dipasang di tembok laut bagi sokong hidupan laut di SG
Premium
Jubin dipasang di tembok laut bagi sokong hidupan laut di SG
350 dipasang di Changi Bay, 60 di Sentosa; sokong 20-25 spesies berbanding 10 yang disokong tembok laut granit tradisional
May 16, 2022 | 5:30 AM
TEMBOK LAUT: Jubin yang direka khas untuk membentuk tembok laut yang terdiri daripada 26 kolam batu berbentuk baji dalam pelbagai dimensi untuk menyokong hidupan laut. - Foto ihsan PETER TODD -
WALAUPUN tembok laut adalah pertahanan tradisional bagi pantai Singapura terhadap peningkatan paras laut, saintis di Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang merekayasa semulanya bagi memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan di dalam air.
Walaupun beberapa pertahanan buatan manusia di bahagian bawah laut mempunyai keupayaan menyokong komuniti karang, tembok laut antara pasang surut tidak menyokong biodiversiti dengan kekayaan yang sama seperti pinggir laut semula jadi, kata Profesor Madya Peter Todd daripada Makmal Ekologi Marin Eksperimen NUS.

