'KEJUTAN' manis daripada pemerintah membuat ramai pasangan yang mempunyai perancangan untuk menimang atau menambah cahaya mata menghela nafas lega.

Ini kerana langkah-langkah yang diumumkan bagi menyokong keluarga muda dan menggalakkan keibubapaan yang diumumkan semasa Belanjawan 2023 cukup 'murah hati', merangkumi lebih banyak sokongan tunai dan juga cuti bapa yang digandakan.