Topic followed successfully
Go to BHkuDrama politik kerajaan Perak masih belum berakhir
Premium
Drama politik kerajaan Perak masih belum berakhir
Dec 17, 2020 | 5:30 AM
Drama politik kerajaan Perak masih belum berakhir
PERTEMUAN enam mata pemimpin Umno, Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 'mengiktiraf' langkah Barisan Nasional (BN) menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak minggu lalu.
Datuk Seri Ahmad Faizal menjadi mangsa politik rakus Umno yang memendam jawatan nombor satu di Perak itu sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasioanal (PN) Mei lalu, sebaik sahaja kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

