Topik diikuti
Pergi ke BHkuRamai tak tahu kos persaraan
Kajian: Seorang daripada setiap dua orang anggar kurang jumlah diperlukan bagi perbelanjaan bulanan
Ramai tak tahu kos persaraan
ANDA bawa keluarga anda keluar makan malam di sebuah restoran baru dekat rumah anda. Sebelum berjalan ke sana, anda memasukkan dua keping wang not $50 ke dalam poket kerana anda mengandaikan ia mencukupi.
Bayangkan perasaan malu apabila pelayan kemudian menunjukkan bil $120. Jika anda fikir 'terperangkap' depan orang ramai tanpa wang mencukupi tidak elok, bayangkan perasaan anda mempunyai akaun bank dengan jumlah wang yang sedikit pada usia tua gara-gara anda menganggar kurang jumlah perbelanjaan yang anda harus bayar selama ini.
