Beban kerja digital bertambah buat pekerja SG amat letih
Premium
Beban kerja digital bertambah buat pekerja SG amat letih
Tinjauan: Pekerja di sini alami keletihan fizikal, mental lebih teruk dari rakan mereka di seluruh dunia dalam pendemik Covid-19
Jun 2, 2021 | 5:30 AM
LETIH: Seorang daripada setiap dua pekerja, atau 49 peratus, berasa keletihan, manakala 58 peratus berasa mereka bekerja terlalu teruk. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
PEKERJA di Singapura mengalami keletihan fizikal dan mental (burn out) lebih teruk daripada rakan mereka di seluruh dunia, dan ini mungkin sebahagiannya disebabkan beban kerja digital yang bertambah ditengah-tengah pandemik Covid-19 ini.
Seorang daripada setiap dua pekerja, atau 49 peratus, berasa keletihan, manakala 58 peratus berasa mereka bekerja terlalu teruk, menurut satu tinjauan dalam talian yang dijalankan Januari lalu melibatkan lebih 1,000 pekerja di sini.

