Topik diikuti
Pergi ke BHkuAcara FamilyTrees iktiraf, raikan pengorbanan bapa
Setelah lebih dua tahun gerakan nasional Satu Juta Pokok dilancarkan pada April 2020, BERITA HARIAN meninjau perkembangannya setakat ini dan menyingkapkan faedah di sebalik jenis-jenis pokok yang ditanam dalam gerakan ini. BH turut menemu bual dengan dua keluarga yang menyertai gerakan FamilyTrees yang dilancarkan pada Mac lalu atas kerjasama Lembaga Taman Negara (NParks) dan Families for Life (FFL) sebagai sebahagian daripada pergerakan Satu Juta Pokok itu.
Acara FamilyTrees iktiraf, raikan pengorbanan bapa
BAGI bapa tiga orang anak perempuan, Encik Aminudin Zaki Ramli, 39 tahun, menyertai acara FamilyTrees untuk menyambut Hari Bapa bersama keluarganya dan sekitar 30 puluh keluarga lain adalah satu peluang yang istimewa.
Beliau yang giat dalam kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) di sekolah anak sulungnya dengan secara kebetulan mengetahui mengenai acara FamilyTrees apabila sekolah anaknya menggalakkan bapa menjadi sukarelawan bagi acara itu.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
