Premium
275 juta penduduk dunia guna dadah tahun lalu
Dec 14, 2021 | 5:30 AM
PASAR DADAH: Gambar yang dirakamkan pada 24 September lalu menunjukkan sekumpulan lelaki duduk mengelilingi beg mengandungi heroin dan hasyis, yakni bahan yang dihasilkan daripada pokok ganja, sedang mereka berunding dan memeriksa mutunya di pasar dadah di luar Kandahar, Afghanistan. - AFP -
DIANGGARKAN sekitar 275 juta orang sedunia menggunakan dadah tahun lalu, dengan 36 juta mengalami masalah kesihatan disebabkan penyalahgunaan dadah.
Menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) pada Jun lalu, potensi ganja telah meningkat sehingga empat kali ganda di sebahagian tempat di dunia sepanjang 24 tahun lalu, sedang peratusan belia yang menganggap dadah itu membahayakan telah merosot sebanyak 40 peratus.

