WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kelmarin mengancam akan menggunakan kuasa darurat untuk melangkau Kongres dan mendapatkan berbilion dolar bagi menampung pembinaan tembok di sempadan Amerika-Mexico, sedang penutupan sebahagian pemerintah memasuki hari ke-20.
Beliau terbang ke sempadan Texas dengan Mexico awal semalam untuk cuba memperkukuh hujahnya bagi mendapatkan tembok itu, diapit oleh anggota keluarga yang yang dibunuh oleh pendatang...





