PENGGUNA aplikasi WhatsApp tidak dapat menggunakannya seketika petang tadi akibat gangguan pada khidmat tersebut.
Sehingga 4.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 750 pengguna melaporkan bahawa mereka mengalami gangguan menerusi laman web DownDetector.com, yang mengumpulkan maklumat daripada pengguna sama khidmat seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp beroperasi dengan lancar.






