Topic followed successfully
Go to BHkuMemori bersantai bersama teman
Memori bersantai bersama teman
Memori bersantai bersama teman
Bagi Cik Rohana Muhammad, bersahabat tidak kira apa sahaja bangsa.
Dalam perkongsiannya, Cik Rohana mengirim gambar menjamu selera dan bersiar-siar bersama rakan-rakan seperjuangannya.
Empat sekawan itu yang menjalani kelas di Institut HMI telah bermakan malam di Lau Pa Sat dengan makanan kegemaran mereka, iaitu satay dan kemudian bersiar-siar di Sungai Singapura sambil menikmati lampu- lampu yang bergemerlapan indah sempena perayaan Krismas.
“Memori 2024 ini sangat indah kerana saya gembira dan bangga mempunyai teman yang berlainan agama dan bangsa sama-sama menimba ilmu, makan dan berlibur. Itulah dinamakan Rakyat Singapura!” kata Cik Rohana.

