Polis meminta maklumat tentang keberadaan dua remaja perempuan yang terakhir dilihat memakai pakaian seragam sekolah di Pasir Ris.

Dua remaja perempuan itu, El Amrithanjali, 14 tahun, dan Daeng Nur’adriani Daeng Muhammad Fairus, 13 tahun, dilihat bersama ketika itu.

Mereka memakai pakaian seragam sekolah di 9 Pasir Ris Drive 6 pada 27 April kira-kira jam 12.05 tengah hari, kata polis pada awal pagi 28 April.

El Amrithanjalia memakai blaus putih dengan skirt biru muda, manakala Daeng Nur’adriani memakai baju polo biru gelap dengan skirt biru muda.

Setakat ini, tidak jelas sama ada kedua-dua remaja itu saling mengenali.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau mengemukakan maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/i-witness.

Semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.