SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Netizen geli hati gerai roti perata bertema Liverpool di Teban Gardens

Netizen geli hati gerai roti perata bertema Liverpool di Teban Gardens

Jan 14, 2026 | 4:51 PM

Netizen geli hati gerai roti perata bertema Liverpool di Teban Gardens

Gerai makanan Haji E-Moiden baru-baru ini viral kerana menggunakan slogan yang dikatakan meraih inspirasi daripada lagu ikonik Liverpool, You’ll Never Walk Alone.
Gerai makanan Haji E-Moiden baru-baru ini viral kerana menggunakan slogan yang dikatakan meraih inspirasi daripada lagu ikonik Liverpool, You’ll Never Walk Alone. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK/HUNGRYGORILLA

Sebuah video memaparkan gerai roti perata di pusat penjaja Teban Gardens berdekatan Jurong East, baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas tular di TikTok.

Gerai Haji E-Moiden menjadi bualan ramai, dengan slogan yang dipaparkan di papan tandanya diolah secara kreatif menjadi You’ll Never Eat Prata Alone (anda tidak akan pernah bersendirian makan perata), sekali gus menghiburkan peminat bola sepak dan pencinta makanan tempatan.

Slogan itu dikatakan meraih inspirasi daripada lagu ikonik kelab bolasepak Liverpool yang bertajuk You’ll Never Walk Alone.

Dalam video yang dimuat naik ke akaun HungryGorilla88, pengguna TikTok secara berseloroh mendakwa pegerai kedai tersebut merupakan bekas pemain kelab dari England itu.

Video tersebut mengundang komen daripada netizen yang berseloroh mengatakan pemilik gerai itu ialah pemain terkenal Liverpool, Mohamed Salah, dengan seorang pengguna, ‘Lone ranger’ menulis, “Ini bukan Mo Salah… ini Mo Betul!”

Antara komen yang turut mencuit hati juga adalah daripada pengguna ‘Tommy Ong’ yang berkata: “Jika saya beli dari gerai ini ada diskaun tak? Sebab saya peminat Manchester United.”

Pengguna ‘Pradzer0’ berkata: “Iya betul...beliau pernah bermain untuk Liverpool (tetapi) di dalam permainan video.”

Satu demi satu jenaka memenuhi ruang komen tetapi satu perkara dipersetujui ramai – perata di gerai ini dikatakan antara yang paling sedap di Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg