Warga emas sanggup labur lebih setengah juta ringgit demi minat seni bina tradisional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas sanggup labur lebih setengah juta ringgit demi minat seni bina tradisional

Sep 29, 2023 | 2:20 PM

Warga emas sanggup labur lebih setengah juta ringgit demi minat seni bina tradisional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DEMI MINAT: Bot berhias dengan ciri tradisional Terengganu ini menanti pelancong di tasik buatan manusia terbesar di Asia, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu.
DEMI MINAT: Bot berhias dengan ciri tradisional Terengganu ini menanti pelancong di tasik buatan manusia terbesar di Asia, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA BERANG (Terengganu): Kalau sudah minat, melabur jutaan ringgit pun sanggup.

Itulah kisah seorang warga emas dari Kampung Pauh, Hulu Terengganu, Terengganu, yang sanggup berhabis sehingga RM620,000 ($180,000) demi minat mendalam terhadap seni bina rumah tradisional Melayu.

Kos pelaburan itu adalah bagi membolehkan Tuan Ahmad Tuan Abdullah, 64 tahun, membeli dan mengubah suai rumah bot di Tasik Kenyir.

“Rumah bot ini dibeli pada harga RM220,000 sebelum diubah suai dengan reka bentuk rumah tradisional Melayu dengan kos RM400,000,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Menurutnya, proses ubah suai dengan bantuan beberapa pekerja dilakukan sejak April lalu menggunakan 10 tan kayu cengal.

Beliau yang mesra disapa Pak Tun berkata ukiran rumah bot bermotifkan awan larat, manakala di bahagian hadapan bercirikan limas, ciri-ciri rumah Terengganu lama.

Katanya, di ruang belakang bercirikan rumah teler, juga ciri rumah tradisional dengan hiasan dinding janda berhias.

Tuan Ahmad berkata binaan rumah bot lapan bilik yang mampu memuatkan sehingga 25 penumpang pada satu masa itu menggunakan keseluruhan kayu cengal dengan panjang 30 meter dan lebar lapan meter.

Menurutnya, selain rumah bot, beliau turut mempunyai 18 rumah binaan tradisional yang dijadikan inap desa.

Kata Tuan Ahmad yang mempunyai 10 cucu itu rumah bot sekiranya hendak dibina baru memerlukan kos sebanyak RM1.5 juta dan baginya membina baru mudah berbanding ubah suai.

Tuan Ahmad turut memaksimumkan panjang bot bagi memberi keselesaan kepada penumpang dan berharap usaha itu dapat membantu mempromosi sektor pelancongan negeri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg