SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tahanan Pakistan kes seksual kanak-kanak lolos penjara, diburu polis

Tahanan Pakistan kes seksual kanak-kanak lolos penjara, diburu polis

Apr 10, 2026 | 1:23 PM

Tahanan Pakistan kes seksual kanak-kanak lolos penjara, diburu polis

Tahanan Pakistan, kes seksual kanak-kanak, lolos penjara, diburu polis
Polis Diraja Malaysia memburu banduan warga Pakistan, Muhammad Hassan, yang lolos dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada 9 April. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

SUNGAI BULOH (Selangor): Polis sedang giat memburu seorang tahanan reman warga Pakistan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, yang dilaporkan melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan laporan kejadian pada tarikh tersebut, dan segera melancarkan operasi besar-besaran untuk menjejak dan menangkap semula banduan tersebut.

Usaha pencarian dipergiat serta-merta, meliputi kawasan berhampiran dan diperluas melalui pelbagai kaedah lain bagi mengesan suspek.

“Tahanan ini mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, justeru orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

“Banduan terbabit kali terakhir kelihatan memakai kemeja-T oren dan berseluar panjang hitam,” ujarnya dalam kenyataan media pada 10 April, lapor Harian Metro.

Encik Mohd Hafiz mendedahkan lelaki yang dicari ialah Muhammad Hassan, 24 tahun, yang menghadapi pelbagai pertuduhan serius termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, serta kesalahan imigresen.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada memandangkan banduan itu terlibat dalam kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Encik Mohd Hafiz turut mengingatkan agar masyarakat tidak menyebar maklumat palsu atau membuat spekulasi yang boleh mengganggu operasi polis dan menimbulkan kebimbangan awam.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang lokasi suspek agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra, di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin, di talian 016-5661597, atau mana-mana balai polis terdekat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg