Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat utiliti M’sia meterai perjanjian salur tenaga dari Laos ke S’pura

Jan 14, 2026 | 8:29 PM
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pemfailan bursa pada 14 Januari berkata, Perjanjian Penghantaran Tenaga Fasa 2, merupakan sebahagian daripada projek penyepaduan tenaga melibatkan Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pemfailan bursa pada 14 Januari berkata, Perjanjian Penghantaran Tenaga Fasa 2, merupakan sebahagian daripada projek penyepaduan tenaga melibatkan Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Syarikat utiliti milik kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian tenaga selama dua tahun untuk menyalurkan elektrik dari Laos ke Singapura.

Langkah itu sekali gus menyambung semula perjanjian perdagangan tenaga pelbagai hala Asia Tenggara yang tertangguh sejak 2024.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pemfailan bursa pada 14 Januari berkata, Perjanjian Penyaluran Tenaga Fasa 2, merupakan sebahagian daripada projek penyepaduan tenaga melibatkan Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura.

Projek tersebut membolehkan Laos membekalkan sehingga 100 megawatt elektrik ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan rangkaian penghantaran sedia ada.

Fasa pertama projek itu dimeterai pada 2022 dengan tempoh sah selama dua tahun, yang berakhir pada 22 Jun 2024.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, pada Oktober 2025 berkata langkah memperbaharui perjanjian itu tergendala akibat perubahan politik di Thailand.

Di bawah perjanjian yang dimeterai pada 14 Januari, syarikat utiliti milik kerajaan Laos, Electricite Du Laos, akan membayar TNB bagi perkhidmatan penghantaran tenaga untuk menyalurkan elektrik yang dijana di Laos ke Singapura.

Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada fasa kedua Projek Penyepaduan Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura, yang menjadi langkah awal kepada inisiatif Grid Tenaga Asean yang lebih luas.

Daya usaha tersebut bertujuan menghubungkan kesemua 10 negara anggota Asean dan mengurangkan kebergantungan rantau ini terhadap bahan api fosil. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg