Premium
Strategi kempen akan tentukan kemenangan BN pada PRN
Jul 13, 2023 | 11:08 AM
PERLU KERJA KERAS: Barisan Nasional masih perlu sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya negeri dan mesti bekerja lebih keras memandangkan Kongres India Malaysia dan Persatuan Cina Malaysia tidak bertanding dalam pilihan raya itu. - Foto ST
Barisan Nasional (BN) memerlukan strategi kempen yang kuat untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini, setelah ketiadaan calon daripada rakan komponennya, Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA).
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr P Sivamurugan, berkata walaupun ketika ini sokongan pengundi bukan Melayu dilihat cenderung kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN (PH-BN), ia turut dilihat sebagai kelebihan kepada gabungan pembangkang untuk memperoleh undi bukan Melayu.
Laporan berkaitan
MIC, MCA akan bantu menangkan calon BNJul 11, 2023 | 4:37 PM
Anwar tak campur urusan Umno tentukan calon PRN Jul 11, 2023 | 4:32 PM

