SPRM perluas siasatan aset Mahathir ke Switzerland

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM perluas siasatan aset Mahathir ke Switzerland

Sep 24, 2025 | 3:12 PM

SPRM perluas siasatan aset Mahathir ke Switzerland

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mahathir, siasatan, SPRM
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto THE EDGE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 September mengesahkan siasatan aset ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diperluaskan ke Switzerland, selepas siasatan di Britain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa di kedua-dua negara berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kita juga melihat kepada negara lain seperti Switzerland. (Setakat ini) kami masih bekerjasama dengan pihak berkuasa di Britain antaranya Pusat Penyelarasan Antirasuah Antarabangsa (IACCC), yang sedang membantu sekiranya ada aset dikenal pasti, namun masih tiada perkembangan baru,” katanya, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri, Hari Integriti dan Kepimpinan 2025, di Universiti Multimedia, di Cyberjaya pada 24 September.

IACCC merupakan unit di bawah Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) yang berpusat di London dan berperanan menyelaras maklumat antarabangsa berkaitan siasatan rasuah.

Pada April 2024, Tan Sri Azam dilaporkan berkata Dr Mahathir antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Menyusuli itu, dua anak beliau diberi notis untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 21 Januari lalu, dilaporkan bahawa Tan Sri Mokhzani Mahathir, memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion ($306 juta) manakala Encik Mirzan Mahathir, sebanyak RM246.2 juta berdasarkan pengisytiharan harta kepada SPRM.

Sementara itu, mengulas mengenai siasatan kes sindiket ‘tetapan kaunter’ di pintu masuk negara terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tan Sri Azam berkata proses melengkapkan kertas siasatan sedang dijalankan, namun tiada tangkapan baru setakat ini.

“Saya arahkan pegawai percepatkan siasatan dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.

“Sekiranya ada perkembangan sama ada dituduh atau tidak, saya akan maklumkan kemudian,” katanya.

Pada 10 September lepas, SPRM menahan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam sindiket itu yang melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 50 tahun, ditahan dalam operasi di sekitar Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg