SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penunggang motosikal maut dek langgar kerbau di Kuantan

Penunggang motosikal maut dek langgar kerbau di Kuantan

May 7, 2024 | 6:39 PM

Penunggang motosikal maut dek langgar kerbau di Kuantan

Muhammad Firdaus Mohamad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar kerbau di Jalan Sungai Panching Timur pada 7 Mei.
Muhammad Firdaus Mohamad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar kerbau di Jalan Sungai Panching Timur pada 7 Mei. - Foto POLIS TRAFIK KUANTAN

KUANTAN: Seorang cef di hotel tempatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Jalan Sungai Panching Timur pada 7 Mei.

Muhammad Firdaus Mohamad, 28 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Facebook Polis Trafik Kuantan, ia dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 6.15 pagi melibatkan motosikal dan seekor kerbau.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa – yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZR-R15 – dalam perjalanan dari arah Felda Panching Timur menghala ke arah bandar Kuantan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak haiwan berkenaan yang berada di atas jalan lalu melanggarnya, tambah ACP Wan Mohd Zahari

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ujar beliau. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg