Penjawat awam M’sia naik gaji hingga 15% mulai 1 Dis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjawat awam M’sia naik gaji hingga 15% mulai 1 Dis

Aug 16, 2024 | 4:07 PM

Penjawat awam M’sia naik gaji hingga 15% mulai 1 Dis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), bersalaman dengan penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, di Kuala Lumpur, pada 16 Ogos.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), bersalaman dengan penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, di Kuala Lumpur, pada 16 Ogos. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Penjawat awam di Malaysia menerima berita gembira pada 16 Ogos, dengan pengumuman pelarasan kenaikan gaji sehingga 15 peratus bagi kumpulan pelaksana dan 7 peratus untuk pengurusan tertinggi.

Pengumuman peningkatan pelarasan gaji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tertinggi dalam sejarah itu dinanti-nantikan kira-kira 1.6 juta, selepas 12 tahun terikat tanpa semakan.

Pelarasan gaji itu akan dilaksanakan menerusi Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember, menyaksikan penjawat awam mendapat pelarasan gaji baru selepas kali terakhir disemak pada 2013.

Bagaimanapun, Datuk Anwar menjelaskan pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember, manakala fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026.

Jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan pelarasan terbabit secara berperingkat disebabkan kekangan dan untuk mengelakkan tekanan inflasi.

“Pelarasan gaji bagi pegawai kumpulan pelaksana, pegawai kumpulan pengurusan dan profesional adalah sebanyak 8 peratus pada fasa pertama dan 7 peratus pada fasa kedua.

“Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, kadar kenaikan adalah sebanyak 4 peratus bagi fasa pertama dan 3 peratus pada fasa kedua,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian Malaysia.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 dengan 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

“Sebagai contoh, seorang guru yang berkhidmat selama lima tahun dengan pendapatan bulanan RM3,838 ($1,141) akan menerima pelarasan gaji sebanyak 8 peratus pada fasa pertama, menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM4,085.04.

“Bagi fasa kedua pada Januari 2026 pula, guru akan menerima pelarasan tambahan sebanyak 7 peratus, menjadikan pendapatan bulanan mereka kepada RM4,559.24,” katanya.

Katanya, kaedah dan formula untuk pengiraan pelarasan akan dijelaskan secara terperinci oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada sesi libat urus akan datang.

Datuk Anwar berkata pelarasan gaji penjawat awam itu dianggarkan mencecah lebih RM10 bilion setahun, namun jumlah sebenar akan diperincikan dan dibentangkan pada Belanjawan 2025.

Tekan Datuk Anwar, SSPA bukan pembaharuan dan peningkatan pendapatan penjawat awam semata-mata, sebaliknya ia adalah sistem berteraskan prestasi dan tatakelakuan.

Justeru katanya mana-mana penjawat awam yang cemerlang akan mendapat ganjaran, manakala sesiapa yang gagal mempamerkan prestasi baik, akan dikenakan tindakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg