Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin dipanggil beri kenyataan berhubung ucapan berunsur hasutan

Sep 13, 2023 | 1:48 PM
SIASATAN LANJUT: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dipanggil lagi untuk memberi keterangan pada Khamis, 14 September, berkaitan ucapannya semasa berkempen yang dikatakan mengandungi unsur hasutan.
SIASATAN LANJUT: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dipanggil lagi untuk memberi keterangan pada Khamis, 14 September, berkaitan ucapannya semasa berkempen yang dikatakan mengandungi unsur hasutan. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menghadapi satu lagi pusingan soal siasat pada Khamis, berhubung ucapannya semasa pilihan raya kecil Johor, yang mengandungi unsur kaum, agama dan diraja.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata penyiasat dijangka bertemu semula dengan Tan Sri Muhyiddin pada 14 September, berhubung dakwaan kenyataan yang dibuatnya semasa ceramah di Simpang Jeram, Johor.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa, lapor akhbar The Star.

Semasa ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Tan Sri Muhyiddin didakwa mengatakan orang Melayu sudah tidak tidak lagi berkuasa dalam kerajaan. Video ceramah selama 29 minit itu telah dimuat naik di Facebook.

“Orang Melayu tidak lagi menguasai kerajaan, bermakna orang Melayu sudah hilang kuasa, benar atau tidak?” Tan Sri Muhyiddin kedengaran berkata dalam video tersebut.

Beliau, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), membuat ucapan itu semasa berkempen untuk calon perikatan itu untuk kerusi Simpang Jeram.

Tan Sri Muhyiddin juga disiasat atas satu lagi kenyataan yang didakwa berbaur hasutan yang dibuatnya semasa ceramah berasingan di Kempas, Johor, ketika berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Pulai.

“Proses pengambilan kenyataan telah selesai dalam kes (Kempas), dan kami akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara secepat mungkin,” ujar Tan Sri Razarudin.

Semasa ceramah Kempas, Tan Sri Muhyiddin juga didakwa mengatakan bahawa adalah “haram” atau dilarang dalam Islam, untuk mengundi calon kerusi Parlimen Pulai Pakatan Harapan (PH), Encik Suhaizan Kayat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg