SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

M’sia perketat pemeriksaan di sempadan Johor-S’pura, bendung penyeludupan barangan subsidi

M’sia perketat pemeriksaan di sempadan Johor-S’pura, bendung penyeludupan barangan subsidi

Mar 31, 2026 | 5:04 PM

M’sia perketat pemeriksaan di sempadan Johor-S’pura, bendung penyeludupan barangan subsidi

Langkah penguatkuasaan itu dijangka diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan barangan subsidi negara tidak disalah guna serta hanya dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak.
Langkah penguatkuasaan itu dijangka diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan barangan subsidi negara tidak disalah guna serta hanya dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa Malaysia memperketat pemeriksaan di pintu masuk darat antara Johor dengan Singapura bagi membendung kegiatan penyeludupan barangan subsidi, khususnya yang dibeli untuk dibawa keluar ke republik ini.

Langkah itu dilaksanakan susulan kebimbangan barangan asas yang bersubsidi kerajaan seperti minyak masak paket, gula, tepung dan beras dibeli dalam jumlah besar oleh individu tertentu sebelum dibawa keluar dari negara.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata pegawai daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah mula menjalankan pemeriksaan lebih ketat sejak beberapa hari lalu di laluan masuk utama di Johor.

“Kita tidak mahu berlaku penyeludupan barangan subsidi seperti minyak masak paket atau barangan lain seperti gula, tepung dan beras,” katanya lapor The Star.

Beliau berkata terdapat kebimbangan perkembangan ketidaktentuan di Timur Tengah mungkin mendorong sebahagian warga Singapura datang ke Johor bagi mendapatkan bekalan barangan asas dalam jumlah besar.

Selain itu, pihak berkuasa turut memantau pergerakan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor pada waktu tidak sibuk, khususnya selepas tengah malam.

“Kita juga melihat sama ada terdapat peningkatan jumlah kenderaan warga Singapura yang masuk pada waktu lewat malam untuk mengisi minyak,” katanya.

Menurut beliau, pegawai penguat kuasa turut memberi perhatian kepada individu yang membeli petrol menggunakan bekas simpanan, yang berpotensi melanggar peraturan sedia ada.

Dalam kenyataan berasingan, AKPS memaklumkan satu operasi pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 20 pegawai di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 26 Mac.

Operasi itu dilaksanakan di zon pemeriksaan kompleks berkenaan sebagai sebahagian daripada langkah memperketat penguatkuasaan di pintu masuk negara.

AKPS berkata langkah tersebut selaras dengan keputusan yang dibuat pada 2025 untuk mempertingkatkan pemeriksaan serta keperluan pengisytiharan barangan di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua.

“Tujuan utama adalah untuk membendung sebarang bentuk penyeludupan serta memastikan orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh agensi berkaitan,” tambah kenyataan itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg