Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Peniaga didakwa jual baju, kain, harga berasingan sempena raya

Feb 15, 2024 | 2:42 PM
Pembeli merungut bila harga baju dan kain baju kurung diasingkan.
Pembeli merungut bila harga baju dan kain baju kurung diasingkan. - Foto fail

Pasti ramai yang sudah mula membeli baju raya memandangkan Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi.

Namun sikap sesetengah peniaga pakaian wanita yang menjual baju dan kain dengan harga berasingan menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

Berita Harian (BH) menghubungi seorang pelajar Cik Nurul Syamimi Sifaa, 23 tahun yang berasal dari Sarawak, yang telah meluahkan perasaannya di akaun TikToknya @symmsfa, di mana beliau berkongsi tentang trend yang menjadi topik hangat ini.

View post on TikTok

Cik Syamimi ialah seorang pelajar Ekonomi dan Kewangan tahun ketiga di sebuah universiti tempatan. Beliau kini menetap di Perak.

“Saya nak tanya siapa yang mulakan idea baju raya dengan skirt lain harga?

“Sudahlah kalau baju RM50, skirtnya RM50, tak apa juga. Ni bajunya RM251, skirtnya RM340.

“Tak ke aniaya kami sebagai pembeli?” ujarnya mempertikaikan sistem jualan sesetengah peniaga baju raya perempuan.

Menurut Cik Syamimi ini, jualan dengan harga berasingan ternyata membebankan pembeli memandangkan harga ditetapkan ada kalanya begitu ‘melampau’.

Bercakap dengan BH, Cik Syamimi berkata, jika baju dan kain itu berlainan corak, mungkin boleh diterima, tetapi dalam situasi ini, Cik Syamimi mendapati corak baju dan kain adalah sama, jadi tidak masuk akal untuk dijual berasingan.

“Kalau kami nak beli design lain bagi skirtnya, pandailah kami beli sendiri kain lebih.

“Ni pandai-pandai pula dia pergi asingkan. Sakit juga hati ni ye,” katanya lagi meluahkan pendapat.

Video yang dikongsi itu meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik ke TikTok.

Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman membeli baju raya dengan memilih pakaian jauh lebih murah.

“Geram tengok tak tahu mana datang idea macam tu. Silap-silap nanti ramai peniaga buat macam tu.

“Sepanjang 25 tahun hidup tak pernah lagi pakai baju raya lebih RM100. Paling mahal pun RM60 hingga RM70. Semua cantik-cantik dan tahan lama,” katanya.

Selain itu, ada juga beberapa warganet yang memahami kenapa baju dan kain dijual secara berasingan kepada pelanggan.

Mereka berpandangan cara itu membolehkan pelanggan memilih baju dan kain daripada saiz yang berbeza memandangkan badan setiap manusia tidak sama bentuk dan saiz.

“Ada aja orang yang kadang badan muat saiz S (kecil), tapi punggung ke bawah saiz M (medium). Itu yang jual asing tu jadi boleh campur mengikut saiz,”ujar seorang warganet yang meninggalkan komen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg