Topic followed successfully
Go to BHkuM’sia belanja RM3.3b untuk rawatan sakit buah pinggang kronik
M’sia belanja RM3.3b untuk rawatan sakit buah pinggang kronik
Kelaziman penyakit buah pinggang kronik di Malaysia melonjak secara drastik daripada 9 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada 2025
M’sia belanja RM3.3b untuk rawatan sakit buah pinggang kronik
SHAH ALAM: Lebih lima juta rakyat Malaysia kini hidup dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD), sementara kos rawatan CKD tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion ($1.06 bilion) setahun ketika ini.
Ia berbanding RM572 juta pada 2010.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lonjakan kos rawatan itu menyusuli pertambahan kes saban tahun, dengan kelaziman CKD di Malaysia melonjak secara drastik daripada 9 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada 2025.
Beliau berkata CKD kini merupakan antara cabaran kesihatan terbesar dihadapi generasi di Malaysia ketika ini dan mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara.
Ini selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.
“Pada 2010, Malaysia membelanjakan RM572 juta untuk rawatan CKD tahap akhir, namun hari ini, jumlah itu telah melonjak kepada RM3.3 bilion setiap tahun.
“Beban ini bukan sahaja meragut mutu mutu hidup pesakit, bahkan turut menjadi tekanan kewangan yang amat berat kepada negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, Selangor, pada 12 April, lapor laman web, Astro Awani.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata secara purata 28 rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan ginjak setiap hari dan terpaksa memulakan rawatan dialisis untuk terus hidup.
“Lebih lima juta rakyat Malaysia kini hidup dengan CKD, namun hanya 5 peratus sahaja yang menyedarinya.
“Jika kita gagal bertindak dengan berani hari ini, lebih 106,000 rakyat Malaysia dijangka memerlukan rawatan dialisis menjelang 2040, satu angka yang amat membimbangkan,” tambahnya.
Sehubungan itu, Dr Dzulkefly berkata kerajaan tidak ketinggalan untuk menekankan kepentingan pencegahan bagi mengurangkan beban penyakit berkenaan.
Beliau berkata faktor utama kegagalan buah pinggang di Malaysia adalah komplikasi penyakit kencing manis dan pesakit tidak boleh bergantung kepada dialisis semata-mata untuk keluar daripada krisis terbabit tanpa menangani akarnya.
“Kerajaan telah menaikkan kadar Cukai Minuman Bergula atau Sugar-Sweetened Beverage (SSB) kepada 90 sen seliter bermula 1 Januari 2025, sebagai langkah mengekang punca utama penyakit itu.
“Hasil kutipan duti eksais minuman bergula pada 2025 mencecah RM54.9 juta dengan RM21 juta disalurkan kembali kepada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata dana berkenaan digunakan untuk membiayai rawatan perencat, Sodium-Glucose Cotransporter-2 (SGLT2), yang mampu mengurangkan risiko komplikasi CKD.
“
“Jika kita gagal bertindak dengan berani hari ini, lebih 106,000 rakyat Malaysia dijangka memerlukan rawatan dialisis menjelang 2040, satu angka yang amat membimbangkan.”
