SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar di Putra Height, Selangor, sejak 1 Apr

Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar di Putra Height, Selangor, sejak 1 Apr

Apr 1, 2025 | 11:31 AM

Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar di Putra Height, Selangor, sejak 1 Apr

Tangkap layar video kesan kebakaran yang masih belum dapat dikawal jelas kelihatan dari jarak jauh. Kebakaran membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Selangor, pada pagi 1 April.
Tangkap layar video kesan kebakaran yang masih belum dapat dikawal jelas kelihatan dari jarak jauh. Kebakaran membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Selangor, pada pagi 1 April. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TULAR

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran besar tercetus pagi 1 April susulan letupan saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Height, Selangor.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran itu membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Height.

Balai Bomba Subang Jaya yang terletak kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian terbabit, menerima maklumat pertama letupan itu pada 8.10 pagi.

Susulan itu, anggota bomba dan penyelamat daripada balai berkenaan dengan bantuan beberapa balai berdekatan termasuk Puchong dikejarkan ke lokasi, lapor Berita Harian Malaysia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg