SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lampu lap-lip ‘lilit’ seluruh rumah yang bermandi cahaya di desa Miri

Lampu lap-lip ‘lilit’ seluruh rumah yang bermandi cahaya di desa Miri

Apr 11, 2024 | 7:07 PM

Lampu lap-lip ‘lilit’ seluruh rumah yang bermandi cahaya di desa Miri

Deretan rumah di Kampung Kuala Sibuti di Miri, Sarawak, dihias dengan lampu kelap-kelip sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Deretan rumah di Kampung Kuala Sibuti di Miri, Sarawak, dihias dengan lampu kelap-kelip sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. - Foto TIKTOK/AINAQMA

MIRI (Sarawak): Lumrahnya, lampu perhiasan kelap-kelip dipasang pada beberapa bahagian rumah bagi menyerikan sesebuah kawasan sempena meraikan sesebuah perayaan.

Namun lain pula halnya bagi beberapa rumah di Kampung Kuala Sibuti, dengan hampir seluruh rumah ‘dililit’ cahaya warna-warni lampu perhiasan tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok pada 6 April oleh @ainaqma, kelihatan sinaran lap-lip menerangi rumah-rumah di situ tatkala beliau sedang meronda-ronda kampung itu dengan menaiki kereta.

Begitu juga dalam satu video TikTok pada 30 Mac yang dimuat naik @ashaayong – hampir setiap rumah yang dirakam dihias dengan lampu kelap-kelip.

Video yang dimuat naik tular dan setakat ini telah memperoleh lebih 50,000 tontonan.

Yang menariknya, terdapat beberapa lampu perhiasan dibentuk menjadi sebuah masjid, bulan sabit, bintang dan pelbagai motif lagi.

Selain kawasan rumah, pepohon yang berada di kawasan halaman beberapa rumah turut dipasang dengan lampu perhiasan berkenaan sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Mentelah, sambutan Hari Raya di kampung tersebut menjadi perbualan warganet, dengan sebahagian besar mereka menyifatkan suasana kampung kelihatan meriah dan seronok, lebih-lebih lagi untuk tatapan mata anak-anak kecil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg