SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kerajaan nafi dakwaan lengahkan siasatan pemilikan saham ketua SPRM

Kerajaan nafi dakwaan lengahkan siasatan pemilikan saham ketua SPRM

Apr 1, 2026 | 2:05 PM

Kerajaan nafi dakwaan lengahkan siasatan pemilikan saham ketua SPRM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki (kanan).
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki (kanan). - Foto fail

Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan dari media antarabangsa, Bloomberg pada 30 Mac, yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melengahkan pendedahan hasil siasatan kes pemilikan saham membabitkan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan, berkata berikutan itu kerajaan akan mengambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg.

“Pihak Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dari Bloomberg berkaitan dengan tuduhan bahawa Datuk Anwar meminta Jawatankuasa Khas Siasatan menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Tan Sri Azam.

“Selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu, prosiding telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Dalam hal ini juga, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg terkait dengan dakwaan yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada 31 Mac.

Laporan Bloomberg sebelum ini, memetik sumber tanpa nama, mendakwa Datuk Anwar meminta ‘tokoh penting’ dalam siasatan Tan Sri Azam, untuk menangguhkan pendedahan itu.

Menurut laporan Bloomberg, Datuk Anwar dikatakan bimbang isu itu boleh menjejas kedudukan kerajaan sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Bloomberg turut melaporkan bahawa Datuk Anwar dikatakan merancang untuk membiarkan Tan Sri Azam berundur setelah kontraknya tamat Mei ini.

Kontroversi Tan Sri Azam timbul selepas Bloomberg mendedahkan isu pegangan sahamnya melebihi had penjawat awam, satu dakwaan yang dilihat mencalar integriti dan tadbir urus pegawai kanan kerajaan, terutamanya SPRM.

Rentetan itu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan isu pemilikan saham Ketua SPRM itu, dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Tan Sri Shamsul Azri sebelum ini menegaskan jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan teliti bagi memastikan pengadilan yang sewajarnya.

Bloomberg mendedahkan Tan Sri Azam dilaporkan memiliki 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partners Berhad – bersamaan sekitar 1.7 peratus pegangan.

Ini kali kedua Tan Sri Azam terpalit isu saham. Sebelum ini, pada akhir 2021, beliau turut menjadi tumpuan kerana didakwa memiliki 1.93 juta saham Gets Global Berhad (dahulunya KBES Berhad) pada 30 April 2015, bernilai kira-kira RM772,000 ($246,835) ketika itu.

Berikutan kes ini, Datuk Anwar didesak menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Tan Sri Azam dan kes-kes berkaitan SPRM, sama seperti lantangnya beliau ketika kes pertama pada 2021.

Namun, Datuk Anwar sebaliknya dilihat mempertahankan Tan Sri Azam, malah memuji Ketua SPRM itu sebagai satu-satunya individu yang berani bertindak terhadap pemimpin rasuah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg