SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Empat daerah Johor dilanda bah lagi

Empat daerah Johor dilanda bah lagi

Jan 4, 2024 | 8:21 PM

Empat daerah Johor dilanda bah lagi

DIPINDAHKAN: Anggota bomba memindahkan mangsa bah di Kampung Bukit Dagang di Ulu Tiram menyusuli hujan berterusan di Johor sejak 3 Disember.
DIPINDAHKAN: Anggota bomba memindahkan mangsa bah di Kampung Bukit Dagang di Ulu Tiram menyusuli hujan berterusan di Johor sejak 3 Disember. - Foto FACEBOOK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 

JOHOR BAHRU: Beberapa daerah di Johor di landa banjir semula dengan 330 penduduk daripada 70 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS). Ia menyusuli hujan berterusan di empat daerah itu – Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

Ia tidak menyebabkan sembarang kecederaan atau kematian, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Tiga laluan terputus hubungan, iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru -Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang. Ketiga-tiganya di Mersing.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di negeri Johor dari 4 hingga 7 Januari.

Daerah terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg