SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aliff Syukri bebas 4 tuduhan sebar video lagu raya dengan aksi sumbang

Aliff Syukri bebas 4 tuduhan sebar video lagu raya dengan aksi sumbang

Aug 27, 2025 | 4:14 PM

Aliff Syukri bebas 4 tuduhan sebar video lagu raya dengan aksi sumbang

Usahawan kontroversi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada 27 Ogos, atas tuduhan muat naik kandungan video muzik berkelakuan sumbang bertajuk ‘Kelepok Raya’, pada 2022.
Usahawan kontroversi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada 27 Ogos, atas tuduhan muat naik kandungan video muzik berkelakuan sumbang bertajuk ‘Kelepok Raya’, pada 2022. - Foto KOSMO!.

SEPANG: Usahawan kontroversi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada 27 Ogos, atas empat tuduhan memuat naik kandungan video sumbang ‘Kelepok Raya’ pada 2022.

Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan demikian selepas meneliti hujahan tambahan daripada kedua-dua belah pihak, lapor Kosmo!.

Beliau berkata tuduhan itu cacat di sisi undang-undang susulan keputusan terkini Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan perkataan ‘menjengkelkan’ dan ‘menghina’ dalam Akta Komunikasi dan Multimedia sebagai tidak berperlembagaan.

Datuk Aliff Syukri, 38 tahun, didakwa atas empat tuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagramnya dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 ($15,241) atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, satu muzik video lagu raya selama lima minit 23 saat pada 2022 menjadi kontroversi apabila memaparkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan Aidilfitri dan mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg