Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula suku pertama 2025

Jul 17, 2024 | 3:05 PM
Sejak KLIA memulakan operasi pada 2006, sistem Aerotrain semasa telah memudahkan pergerakan lebih 300 juta penumpang antara bangunan terminal utama dengan bangunan satelitnya. Pelan penggantian Aerotrain berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan.
Sejak KLIA memulakan operasi pada 2006, sistem Aerotrain semasa telah memudahkan pergerakan lebih 300 juta penumpang antara bangunan terminal utama dengan bangunan satelitnya. Pelan penggantian Aerotrain berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan. - Foto Fail MAHB

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ia selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.

“MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada 16 Julai.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Encik Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok), yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baru yang dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan, lapor Bernama.

Mengenai perjanjian baru itu, MOT berkata MAHB telah memeterai surat perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan usaha sama bersama Pestech Technology Sdn Bhd (IJMCPestech JV) pada 12 Januari 2024 dengan jangkaan projek berkenaan siap pada 31 Mac 2024.

Bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baru bersama ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd pada 14 Jun, bagi memastikan projek itu dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh itu, kata MOT.

Pada Mac 2022, MAHB mengumumkan penganugerahan Projek Penggantian Aerotrain KLIA dengan tempoh masa disiapkan dalam tiga tahun.

Aerotrain semasa telah menghampiri peringkat akhir hayatnya dan perlu dinaik taraf supaya penumpang dapat dilayan dengan lebih baik.

Penggunaan Aerotrain sedia ada tidak lagi berdaya maju memandangkan aset lama itu lebih mudah rosak dan sukar mendapat alat ganti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg