Minuman & Kafe
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ginger dinobat restoran halal terbaik oleh persatuan restoran S’pura

Dec 11, 2025 | 2:37 PM
Encik Vincent Aw, restoran ginger
Cef eksekutif restoran Ginger, Encik Vincent Aw (kiri), berkata kemenangan Anugerah Bintang Epikurean Persatuan Restoran Singapura (RAS) 2025, bagi kategori restoran halal terbaik dan restoran bufet halal terbaik merupakan hasil usaha teguh setiap ahli restoran Ginger. - Foto GINGER

Ketam Nonya kari hijau dan Kueh Pie Tee.

Gabungan perisa ini mungkin kedengaran aneh, tetapi di restoran Ginger, ia sebahagian daripada pengalaman sajian halal yang benar-benar memikat dan menyegarkan.

Sejak mendapat sijil halal pada 2020, Ginger, yang terletak di Parkroyal di Beach Road, terus mendapat sambutan pelanggan.

Ia bukan sekadar tempat makan, malah destinasi gastronomi yang kreatif dengan layanan yang tulus.

Dalam majlis penyampaian Anugerah Bintang Epikurean Persatuan Restoran Singapura (RAS) 2025, pada 22 Oktober, justeru tidak hairan Ginger menyapu bersih kategori halal: Restoran Halal Terbaik dan Restoran Bufet Halal Terbaik.

Anugerah berprestij itu, yang mengukur kecemerlangan kulinari Singapura, mengesahkan bahawa Ginger telah menetapkan penanda aras baru dalam inovasi, kualiti, dan layanan.

Acara penyampaian anugerah turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.

Presiden RAS, Encik Benjamin Boh, menyifatkan ulang tahun ke-30 anugerah itu sebagai meraikan evolusi industri F&B Singapura, dan Ginger, dengan pensijilan halalnya, adalah cerminan semangat itu.

“Ini adalah langkah penting memandangkan lokasi kami di Kampong Gelam. Kami mahu sentiasa inklusif,” jelas Cef Eksekutif Ginger, Encik Vincent Aw, mengenai keputusan mendapatkan sijil halal.

Selepas menjadi naib juara bagi anugerah bufet halal terbaik pada 2024, tahun 2025 menyaksikan Ginger muncul juara, menewaskan lima finalis bufet dan 13 finalis restoran.

Menu mereka yang dikurasi teliti, komitmen terhadap sumber bahan yang mampan, dan persembahan hidangan yang penuh seni benar-benar membezakan mereka.

Bagi Encik Aw, kejayaan itu hasil kerja keras sepasukan: “Daripada cef di dapur yang menjaga kualiti, kakitangan layanan yang cemerlang, hingga pasukan di belakang tabir – setiap orang memainkan peranan penting.”

Beliau turut menekankan sambutan mesra kakitangan dan suasana taman yang mengundang, yang sering dipuji pelanggan.

Ginger juga tersenarai dalam Anugerah HalalTrip 2025 dan 100 restoran terbaik Anugerah Gaya Hidup Mewah 2025.

Ditanya mengenai cabaran utama yang dihadapi, Encik Aw berkata pihaknya perlu memastikan konsistensi dalam layanan.

“Jangkaan tetamu sentiasa berubah. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan taraf layanan tanpa mengorbankan identiti unik Ginger,” katanya.

Tambah beliau: “Sama ada memperhalus resipi, mengurus waktu sibuk atau mengikuti trend kulinari terkini, pasukan kami kekal tangkas dan bermotivasi, dipacu oleh semangat berpasukan dan minat mendalam kami.”

Ginger
Alamat: 7500 Beach Rd, Singapura 199591
Waktu Operasi:
  • Isnin hingga Ahad, 6.30 pagi hingga 9.30 malam

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg