Premium
Kesihatan antara persediaan utama untuk tunai haji
Ustaz Dr Muhammad Luthfi jelaskan faktor kemampuan
May 26, 2023 | 5:30 AM
PERLU CERGAS DAN SIHAT: Sebahagian jemaah Singapura daripada Sha Travel & Tour semasa melakukan Ziarah Madinah di Jabal Uhud selepas musim haji lalu. - Foto Sha Travel & Tour
SALAH satu persediaan utama sebelum mengerjakan haji adalah memastikan minda dan tubuh berada dalam keadaan sihat bagi membolehkan semua ibadah dilakukan dengan sempurna.
Ini kerana aspek kesihatan dan kecergasan fizikal amat penting bagi membolehkan seseorang jemaah, apatah lagi yang sudah berusia, melakukan beberapa pergerakan rukun dan wajib haji, seperti pergerakan ke padang Arafah untuk amalan berwukuf, pergerakan ke Muzdalifah, berjalan untuk mengutip anak-anak batu, kemudian berjalan ke Mina untuk menyempurnakan wajib haji, iaitu melontar di jamrah.
Laporan berkaitan
Jemaah haji pertama tiba di SaudiMay 23, 2023 | 4:07 PM
‘Serambi Saudi’
di Masjidil Haram mampu tampung 287,000 jemaahMay 22, 2023 | 4:23 PM


