PM Lee terbit pelekat peringati 12 tahun di media sosial
Premium
PM Lee terbit pelekat peringati 12 tahun di media sosial
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
PELEKAT DITERBIT: Sebanyak 12 pelekat atau ‘sticker’ Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam talian boleh didapati untuk pengguna WhatsApp dan Telegram. - Foto TANGKAP LAYAR TELEGRAM
Bagi memperingati 12 tahun penglibatannya di media sosial, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan pek pelekat, atau ‘sticker’, serta gambar yang diambilnya tetapi belum pernah disiar sebelum ini.
12 pelekat dalam talian dihasilkan bagi kegunaan di WhatsApp dan Telegram dan ia memaparkan Encik Lee dalam pelbagai detik sepanjang beberapa tahun lalu, termasuk gambar beliau menghirup daripada “cawan biru ajaib”.

