Pelajar guna ‘vape’ hadapi tindakan disiplin lebih ketat
Premium
Pelajar guna ‘vape’ hadapi tindakan disiplin lebih ketat
Sep 15, 2025 | 5:30 AM
USAHA MENENTANG ‘VAPE’: Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (tiga dari kiri), berucap di sidang media pada 28 Ogos bersama (dari kiri) Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Undang-Undang), Encik Eric Chua; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee; dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash. - Foto ST
Mulai 1 September, pelajar yang ditangkap atas kesalahan berkaitan vape akan menghadapi tindakan disiplin yang lebih ketat seperti penahanan, penggantungan dan/atau rotan bagi pelajar lelaki serta _______________ gred tingkah laku mereka.
Langkah itu diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, dalam sidang media bersama yang diadakan pada 28 Ogos bagi menggariskan usaha kementeriannya menyokong usaha keseluruhan pemerintah menentang vape.


