Premium
Sukar ramal cara pengundi buat pilihan: Chun Sing
Jul 1, 2020 | 5:30 AM
PANDANG SERIUS PESAING: Encik Chan sedar perlu beri tumpuan kepada usaha menjaga penduduk. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
DENGAN Pilihan Raya Umum 2020 diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata adalah sukar meramalkan bagaimana pengundi akan membuat pilihan mereka.
Malah dalam satu wawancara dengan Berita Harian semalam, Encik Chan yang juga Penolong Setiausaha Agung Kedua Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata penggunaan media sosial dan wadah Internet lain juga meningkatkan kelajuan dan intensiti kegiatan berkempen.

