Zeta-Jones 'ubah' diri jadi ketua sindiket dadah Colombia
Premium
Zeta-Jones 'ubah' diri jadi ketua sindiket dadah Colombia
Feb 26, 2018 | 5:30 AM
MAINKAN WATAK WANITA HISPANIK LAGI: Meskipun Catherine Zeta-Jones berasal dari Wales, namun beliau tiada masalah mainkan watak wanita Hispanik dalam dua filem sebelum ini dan akan memainkan watak wanita Hispanik lagi dalam filem terbarunya 'Cocaine Godmother: The Griselda Blanco Story'. - Foto AFP -
DALAM filem terbaru saluran Lifetime, berjudul Cocaine Godmother: The Griselda Blanco Story, Catherine Zeta-Jones, 'mengubah' dirinya menjadi ketua sindiket besar dadah Colombia, yang dikaitkan dengan ratusan kes bunuh pada 1970an dengan 1980an.
Aktres itu mula mengetahui tentang sikap sebenar Blanco semasa menonton sebuah dokumentari berjudul Cocaine Cowboys, yang memaparkan temu bual dengan para individu terlibat dalam perdagangan dadah, dan kebanyakan mereka masih di penjara.

