Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 kaedah semula jadi elak perut kembung

Jul 9, 2025 | 5:30 AM
Sesetengah wanita kerap mengalami perut kembung, baik sebelum makan mahupun selepas makan kerana pelbagai sebab.
Sesetengah wanita kerap mengalami perut kembung, baik sebelum makan mahupun selepas makan kerana pelbagai sebab. - Foto ISTOCKPHOTO

Perut kembung bukan sahaja membuat anda rasa tidak selesa, malah boleh menjejas penampilan dan keyakinan diri – terutama bagi wanita yang aktif dan sentiasa ingin tampil bergaya.

Perut terasa penuh, keras, dan kadangkala menyakitkan – bunyinya seperti masalah biasa, tetapi jika dibiarkan, ia boleh mengganggu kegiatan harian.

Berikut lapan cara semula jadi yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah kembung perut, seperti yang disarankan dalam laman web, Hello Doktor.

1. Buang Angin

Jangan malu untuk kentut atau sendawa! Ia adalah cara semula jadi badan untuk melepaskan gas berlebihan dari sistem pencernaan. Menahan diri daripada berbuat demikian boleh menyebabkan perut semakin tegang dan tidak selesa.

2. Tuam Perut dengan Air Suam

Gunakan tuala kecil dan air suam untuk menuam bahagian perut selama 10 hingga 15 minit. Suhu panas membantu melancarkan aliran darah dan merehatkan otot perut yang tegang. Ini sangat membantu jika masalah kembung diiringi kekejangan.

3. Bergerak Aktif

Elak duduk terlalu lama. Cuba berjalan perlahan-lahan selama 10 hingga 15 minit selepas makan. Pergerakan fizikal dapat membantu mengaktifkan pergerakan usus dan mempercepat pengeluaran gas yang terperangkap.

4. Urut Lembut Bahagian Perut

Urutan mengikut putaran jam di bahagian perut boleh membantu mempercepat pergerakan gas dan mengurangkan tekanan dalam usus. Gunakan minyak aromaterapi seperti pudina berkesan dan dikatakan menenangkan.

Cara Urut

Letakkan kedua-dua tangan tepat di atas tulang pinggul kanan.

Urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat dengan tekanan ringan ke arah sebelah kanan rusuk.

Lakukan urutan ke arah bahagian atas perut, kemudian ke rusuk kiri.

Teruskan dengan membawa urutan tangan ke bawah ke tulang pinggul kiri.

Ulang kaedah yang sama sehingga berasa lega.

5. Makan Secara Perlahan dan Beradab

Kunyah perlahan-lahan dan menutup mulut semasa makan dapat mengurangkan jumlah udara yang tertelan. Elak berbual sambil makan kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak udara masuk ke perut.

6. Kurangkan Minuman Bergas

Minuman soda dan minuman berkarbonat mengandungi gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan gas dalam sistem pencernaan. Pilih air kosong atau teh herba sebagai alternatif lebih sihat.

7. Jauhi Rokok

Wanita perokok berisiko lebih tinggi mengalami kembung kerana udara dan asap rokok yang disedut akan masuk terus ke sistem penghadaman. Berhenti merokok bukan sahaja baik untuk kesihatan perut, malah untuk keseluruhan tubuh.

8. Pilih Makanan Mesra Perut

Kurangkan pengambilan makanan seperti kekacang, produk tenusu (jika anda sensitif terhadap laktosa), makanan berlemak dan bijirin penuh. Pilih makanan mudah hadam seperti pisang, halia, dan yogurt probiotik.

Masalah perut kembung boleh diatasi dengan mudah melalui perubahan gaya hidup dan tabiat makan.

Usah abaikan isyarat tubuh anda. Wanita yang bijak menjaga keselesaan diri, pasti tampak lebih yakin dan mempesona!

Simpan pek panas kecil atau minyak aromaterapi dalam beg tangan – penyelamat segera apabila perut mula rasa tak selesa!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg