SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Vietjet lancar penerbangan langsung S’pura-Nha Trang mulai 1 Jun

Vietjet lancar penerbangan langsung S’pura-Nha Trang mulai 1 Jun

Penerbangan ambil masa sekitar dua jam 15 minit
Mar 25, 2026 | 5:12 PM

Vietjet lancar penerbangan langsung S’pura-Nha Trang mulai 1 Jun

vietjet
Nha Trang merupakan destinasi tepi pantai popular di Vietnam. - Foto VIETJET

Warga Singapura yang merancang ke Nha Trang, Vietnam, kini mempunyai satu lagi pilihan penerbangan bajet dengan pelancaran perkhidmatan langsung Vietjet.

Penerbangan bermula 1 Jun 2026, memperluaskan lagi ketersambungan udara antara Singapura dengan destinasi tepi pantai popular Vietnam ini.

Ini merupakan laluan langsung kelima dikendalikan Vietjet antara kedua-dua negara, selain laluan ke Ho Chi Minh, Hanoi, Da Nang dan Phu Quoc.

Penerbangan ke Nha Trang mengambil masa kira-kira dua jam 15 minit dan beroperasi empat kali seminggu, iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Penerbangan dari Singapura bertolak pada 3.15 petang, manakala dari Nha Trang berlepas pada 10.25 pagi.

Nha Trang, bandar pinggir laut di pantai selatan-tengah Vietnam, terkenal dengan pesisir pantai yang panjang, aktiviti ‘island-hopping’, dan pusat peranginan yang pesat membangun.

Ia menawarkan perairan yang jernih, pulau di luar pesisir, dan ekosistem marin yang kaya.

Pelawat sering tertarik dengan teluknya yang membiru dan kunjungan ke pulau-pulau, manakala hidangan makanan laut, serta landskap semula jadi di sekitarnya menjadikannya salah satu destinasi percutian terkemuka di Vietnam.

Bandar ini juga berfungsi sebagai pintu masuk ke tarikan berdekatan, termasuk air terjun, perkampungan nelayan, dan tapak budaya yang mempamerkan warisan Cham di rantau itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg