Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiada penonton 'Sinar Lebaran' tetap menyinar
May 23, 2020 | 5:30 AM
Tiada penonton 'Sinar Lebaran' tetap menyinar
SABAN tahun, sebelum bulan puasa lagi bermula, rancangan televisyen pada malam Raya, Sinar Lebaran, sudah pun terakam dengan kehadiran ratusan penonton yang datang lengkap berbusana Lebaran.
Namun tahun ini, dek tamparan wabak Covid-19 dan tempoh pemutus litar jangkitan koronavirus, rakaman rancangan dua jam yang akan disiarkan mulai 8.30 malam ini di saluran Mediacorp Suria dibuat julung-julung kalinya tanpa penonton.
