Premium
Tiada niat jahat dalam jenaka: Pelawak Harith Iskander
Nov 19, 2022 | 5:30 AM
SEKADAR UNTUK BERHIBUR: Harith akan mengadakan 'stand-up comedy' pada 26 November ini di Kuala Lumpur. - Foto UTUSAN MALAYSIA -
PERSONALITI komedi Malaysia Harith Iskander berkata tiada niat jahat di sebalik jenaka daripada pelawak-pelawak 'stand-up comedy' terutama jika menyentuh soal politik dan kerajaan.
"Niat pelawak adalah untuk membuat orang ketawa terbahak-bahak. Kami tidak sekali-kali berniat untuk menyakiti atau menghina," katanya semasa sidang media mengumumkan rancangan komedinya yang akan datang, Relazz Lah Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

