Premium
Tenang jiwa saksi konsert MAHER ZAIN
Dec 6, 2016 | 5:30 AM
KEMBARA KE ZON KESEDARAN: Konsert 'Maher Zain One Tour' dihadiri peminat daripada pelbagai lapisan usia yang ingin mencari ketenangan. - Foto HARYANI ISMAIL -
SEBUT tentang pelantun lagu kerohanian dari Sweden, Maher Zain, anak kecil akan tersenyum gembira, bahkan mengingati beberapa bait lagu popularnya seperti Insha Allah dan Barakallah.
Yang sudah meniti usia senja pun menganggap puluhan lagu bintang keturunan Lebanon itu sebagai penenang jiwa di kala keresahan melanda.

