‘Takluk: Lahad Datu’ takluk hati dengan kisah juang wira tempuh bahaya
Pengguna Berdaftar
‘Takluk: Lahad Datu’ takluk hati dengan kisah juang wira tempuh bahaya
Sep 8, 2024 | 5:30 AM
‘Takluk: Lahad Datu’ bukan sahaja dijayakan barisan pelakon filem dengan ‘nama besar’ seperti Eman Manan, Syafiq Kyle dan Kamal Adli tetapi turut mengembalikan ingatan pada peristiwa berdarah dan bersejarah pada 11 Februari 2013 tatkala pengganas Sulu mencerobohi Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah. - Foto GOLDEN SCREEN CINEMAS
Sesuatu yang tidak boleh dinafikan ialah industri perfileman Malaysia memang hebat jika diminta menghasilkan filem ketenteraan, polis, pertempuran dan peperangan, baik di udara, lautan mahupun darat.
Bagi meneruskan legasi filem aksi pasukan berseragam seperti Paskal: The Movie, Malbatt: Misi Bakara dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, muncul pula filem Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan daripada kisah perjuangan sebenar pasukan polis dan tentera dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Daulat.
Laporan berkaitan
‘Fighter’ cukup rencah aksi, emosi dan semangat juangJan 30, 2024 | 2:51 PM
Filem perang ‘Malbatt: Misi Bakara’ raih RM32.5j setelah ditayang 5 minggu Sep 22, 2023 | 4:17 PM

