Topik diikuti
Pergi ke BHkuSufi Rashid tunggu lagu 'rok kapak' ciptaan Edry 'meletup'
Sufi Rashid tunggu lagu 'rok kapak' ciptaan Edry 'meletup'
KUALA LUMPUR: DENGAN imej baru yang lebih matang dan berjambang, juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, tampil menghiburkan pelanggan Singtel TV yang memenangi kuiz promosi FUYOHH! JOM di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur Ahad lalu.
Dengan 2017 bakal diraikan dalam masa beberapa minggu lagi, Sufi sudah bersedia membuai jiwa peminat dengan lagu 'rok kapak' yang menggabungkan irama 'rok leleh' ala 1990-an dengan lenggok muzik masa kini.
