Topik diikuti
Pergi ke BHkuSilat, tarian dan teater digabung bagi warnai cerita
Premium
Silat, tarian dan teater digabung bagi warnai cerita
Silat, tarian dan teater digabung bagi warnai cerita
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 11, 2017 | 5:30 AM
PALUAN genderang pelbagai bentuk yang menjadi denyutan penceritaan dalam setiap persembahan kumpulan Nadi Singapura akan dipertingkat dengan gerak-gerak seni yang lebih dramatik dalam pementasan yang akan berlangsung minggu depan.
Menerusi pementasan Journey 2: The Pulse di Teater Pusat Drama, gerak kesenian pencak silat, tarian dan teater akan diterapkan sebagai saluran bercerita yang dijangka menambah warna visual, seiring dengan bunyi-bunyian yang menyentuh kalbu sebagai halwa telinga.
