'Sentuhan Harapan' pembuka mata buat deejay radio Fiza O, penonton
Premium
'Sentuhan Harapan' pembuka mata buat deejay radio Fiza O, penonton
Feb 26, 2019 | 5:30 AM
DI BELAKANG TABIR: Fiza O di belakang tabir ketika penggambaran untuk rancangan 'Sentuhan Harapan' di Vietnam. - Foto ihsan FIZA O -
SETELAH lebih kurang 16 tahun mengumpul pengalaman dalam bidang penyampaian radio dan pengacaraan televisyen untuk pelbagai rancangan, kini buat pertama kali Fiza O berpeluang memenuhi impian yang telah lama dipendam.
Impiannya itu tercapai dengan mengacara sebuah rancangan dokumentari yang membawanya meneroka beberapa negara yang menempatkan golongan yang hidup dalam ketakutan akibat ditindas, disisih dan dianiaya hanya kerana dilahirkan berbeza.

