Premium
Senandung korona Nuradee tembusi Indonesia
Lebih setahun lamanya dunia digugat wabak Covid-19 yang masih belum reda malah kian meruncing di beberapa negara. Seorang anak seni watan dan sebuah kumpulan mapan kelahiran Singapura mengilhamkan lagu tentang koronavirus sebagai menyebar pesanan sosial. BERITA HARIAN melaporkan.
Jul 19, 2021 | 5:30 AM
LALUI PENGALAMAN NGERI DIJANGKITI: Kumpulan Nuradee yang terdiri daripada adik-beradik, (dari kiri) Mohamed Rashid Abdullah (Adi) dan Mohamed Noor Abdullah (Nur) menghasilkan lagu 'Corona Hampir Meragut Semuanya' menyusuli peristiwa mereka dijangkiti virus tersebut dua tahun lalu sekembalinya dari Beijing, China. - Foto ihsan NURADEE -
DUA tahun lalu, kumpulan dua beradik Nuradee pulang dari satu undangan seni di Beijing, China, dalam keadaan lelah dan sesak nafas.
Tidak diketahui pada masa itu apa yang dilalui merupakan wabak yang kini menggegar dunia, Covid-19.

