Selebriti M’sia kian selesa majlis kahwin tertutup untuk keluarga, kenalan dekat
Pengguna Berdaftar
Selebriti M’sia kian selesa majlis kahwin tertutup untuk keluarga, kenalan dekat
Walau netizen hairan mengapa artis rahsiakan hari bahagia, biar ia jadi acara bermakna untuk mempelai kenang perjalanan cinta mereka
Feb 22, 2025 | 5:30 AM
Di dalam kesibukan netizen serata dunia bersembang dan berkongsi kisah peribadi tentang Hari Kekasih pada 14 Februari, peminat drama Melayu di seberang Tambak pula sibuk membicarakan tentang perkahwinan pasangan pelakon kesayangan ramai, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, pada hari tersebut.
Sehari selepas itu, pelakon Siti Saleha bertemu jodoh dengan pereka fesyen, Joshua Fitton, setelah menyulam cinta selama dua setengah tahun.
Laporan berkaitan
Ke manakah pergi ‘demam sinetron’?Feb 14, 2025 | 5:47 PM
Bayaran anak seni tak berubah walau 5 dekad berlalu? Jul 5, 2024 | 7:53 PM

